Welcome Here
" Syafinaz Shaffiee " |
Kawan vs Sahabat}
Wednesday, October 9, 2013 | Wednesday, October 09, 2013 | 2Comment
Assalamualaikum.
Ramai yang berlainan fahaman tentang konsep kawan dan sahabat. Dari pandangan saya, kawan dan sahabat adalah berbeza. Sejak sekolah saya telah menyebarkan ideologi ini dengan meluas. cewahh!. =P
Kawan
-seseorang yang kita hanya kenal nama tanpa mengetahui kisah hidup mereka dengan lebih mendalam.
Sahabat
-seseorang yang kita kenal namanya, tahu kisah hidupnya, ada diwaktu susah dan senang, berkongsi cerita, saling percaya.
Itulah perbezaan kawan dan sahabat. Susah untuk kita dapat sahabat yang setia. Sebab itu orang kata "berkawan biar beribu". Yes, sangat mudah untuk mendapat kawan baru. Sangat mudah, hanya dengan satu senyuman dan satu teguran seseorang itu sudah boleh menjadi kawan kita. Tapi sahabat?. mengambil masa dan apabila mereka saling mempercayai, berkongsi cerita suka dan duka, itu dipanggil sahabat. Apabila seseorang itu sudah menjadi kawan atau sahabat kita seharusnya perlu menjaga ukhwah tersebut dengan baik. Menghargai setiap apa yang mereka lakukan supaya mereka rasa dihargai. Hubungan perlu adanya kejujuran, kepercayaan dan kesetiaan.Tidak patut wujud perasaan jeles atau iri hati. Nauzubillah. Jauhi perasaan itu kerana ukhwah akan hancur dengan wujudnya perasaan itu. Berkawan dan bersahabat lah bukan untuk kepentingan diri sendiri tapi berkawan lah dengan niat kerana Allah s.w.t.
Harap kita menjadi kawan dan sahabat yang baik kepada mereka disekeliling kita semua. InsyaAllah.
|