Welcome Here

 photo 76e82c81-6a3b-49bb-a3ca-c6c36f001cfb.jpg
" Syafinaz Shaffiee "

 photo 7249b72a-27ae-448a-b0fa-e73bd582e748.jpg photo 1520b228-4341-4ad6-82b7-7c1fdfcbf2cd.jpg photo 8675ef97-2587-4d43-aa27-6f28705a3051.jpg photo 5ccb7197-ae23-4c92-95da-e4a9cf183d4a.jpg photo e5105eca-82de-4a6e-8198-6225169f7665.jpg photo 5ae08705-1e23-44f8-aee6-287f278b8fcf.jpg photo 902ad759-5518-4184-929c-e8851fead072.jpg


Puncak Alam. Again.}
Monday, September 9, 2013 | Monday, September 09, 2013 | 2Comment

Assalamualaikum~

Urmm. Akhirnya sampai di puncak alam untuk memulakan pengajian. sebenarnya sangat sangat tak bersedia pun nak mula belajar balik selepas 6 bulan duduk je dekat rumah menternak lemak. hahaha. okay, hari ahad iaitu semalam. Hari pendaftaran kolej, fuhh. Alhamdulillah, nasib kami dapat kolej dan rezeki dapat duduk sekali dengan satu geng dalam satu rumah. Mun, sina, ain, najla & rina. Senang sikit kan nak belajar atau buat assignment. Roomate saya jeng jeng jeng. Seseorang yang bernama ain. hehe. Dari semalam rasanya tak henti henti berborak, gelak ketawa dengan dorang. maklum lah lama tak jumpa. Macam macam cerita keluar. dari cerita praktikal sampai lah main teka teka tajuk lagu.  haaaa. nampak tak yang kiteorang takde keje nak buat sebenarnya=D

Hari ni hari pertama pergi fakulti. Punya lah ramai manusia beratur dekat lift. Akhirnya kami naik tangga tahuu. Tingkat 8 pulak tu. hahaha. Malas nak tunggu lama lama. Masa diploma dulu pun selalu je naik tangga sampai tingkat 9. Kejap je sampai dari tunggu lift yang lama gila tu. hehe.  Tadi naik tangga sekali dengan dekan. Tengok dekan naik relax je sambil main handphone. Kami pun buat muka relax jugak lah. hahaha. Sampai je tingkat 8 mula dah daftar bagi segala borang semua. Lepas tu dengar taklimat dari dekan dan timbalan dekan. fuuhh. fuhh. lama jugak. haha. Habis je taklimat fakulti. Terus pergi taklimat dengan ketua jabatan.

Semester ni dapat tahu ada 5 saja subject. tapi 1 je yang kos kami punya subject. tengok pulak jadual kelas. fuhh. banyak gila free. hahaha. Sekarang mungkin seronok. tapii semester seterusnya sakit tahuu. Banyak subject kena bawak. -.-. haa. ahad nie menunggu kawan yang nak datang puncak alam. zu!. kami menunggu anda. =D

Harap kami dapat buat yang terbaik. aminn. insyaALLAH.


       haaa. mampu screenshot je dari twitter kawan. haha. sy takde pun snap picture. tapi rasa macam apesal muka saya macam tengah study untuk final exam je tuu padahal tengah baca buku panduan uitm je ponn. hahaha~

p/s: post atas permintaan seorang rakan. rindu anda. datang nanti kami rai dengan tarian joget. haha~