Welcome Here
" Syafinaz Shaffiee " |
........}
Thursday, August 22, 2013 | Thursday, August 22, 2013 | 2Comment Assalamualaikum.
Kawan,
Sedarlah dunia ini Allah yang punya,
Milik Allah dan kita hanya menumpang.
Kawan,
Sedarlah atas semua dugaan yang Allah berikan,
Hikmah disebaliknya carilah.
Kawan,
Jangan menyalahkan takdir,
Jangan berbicara seperti tiada agama di sisimu.
Kawan,
Kamu boleh berkata dusta kepada orang lain,
Tetapi kamu tidak boleh berdusta pada diri sendiri,
Dan Allah Maha Mengetahui.
Kawan,
Hargailah mereka yang ada di sekeliling kamu,
Jangan melukai hati mereka,
Kelak hidup kamu merana.
Kawan,
Apabila berjanji tunaikanlah,
Apabila diberi amanah peganglah,
Apabila berkata kata pastikan ia benar.
Kawan,
Ingatlah, jangan menganiaya orang disekeliling kamu,
Kerana kata kata orang yang teraniaya itu masin.
Kawan,
Jika ingin mencari kebahagiaan bukan dengan menyakiti,
Kebahagian tidak kekal, ia milik Allah.
Kawan,
Kita diberi pilihan untuk memilih ya atau tidak.
Mahu atau tidak mahu.
Kawan,
Jaga aib orang di sekeliling kamu,
Dan Allah akan menjaga aib kamu.
|