Welcome Here

 photo 76e82c81-6a3b-49bb-a3ca-c6c36f001cfb.jpg
" Syafinaz Shaffiee "

 photo 7249b72a-27ae-448a-b0fa-e73bd582e748.jpg photo 1520b228-4341-4ad6-82b7-7c1fdfcbf2cd.jpg photo 8675ef97-2587-4d43-aa27-6f28705a3051.jpg photo 5ccb7197-ae23-4c92-95da-e4a9cf183d4a.jpg photo e5105eca-82de-4a6e-8198-6225169f7665.jpg photo 5ae08705-1e23-44f8-aee6-287f278b8fcf.jpg photo 902ad759-5518-4184-929c-e8851fead072.jpg


Speaking test done.}
Wednesday, July 3, 2013 | Wednesday, July 03, 2013 | 8Comment

Assalamualaikum.

Alhamdulillah. Selesai dah speaking test untuk MUET. Pagi pagi lagi dah bersemangat bangun siap siap untuk pergi test. Berdebar debar pun ada. Phewww!.tapi buat relax buat cool.haha.Masa tengah tidur malam tadi sambil mata tertutup pun still boleh bercakap sorang sorang.heh.Nampak sangat nervousnya.lalala~

Pukul 7 pagi dah keluar dari rumah. Mak suruh drive sendiri tapiii saya lupa pulak jalan pergi sekolah tu.hehe.so, emak lah yang hantar. Dekat je pun. 5 minit je dah sampai. Turun je dari kereta terus tanya pak cik guard mane tempat MUET.awesome!.pak cik tu sporting=D Sekali masa tengah jalan nak pergi bilik test tuu.Tapak kasut saya tercabut lah pulak.haiyoo.Time tu pulak buat hal kan.Spoil. Nasib baik tapak depan je yang tercabut.Kalau bahagian tumit tu yang tercabut?Memang saya jalan tinggi sebelah lah kann..hahahaha! Terus saya cabutkan dan selamat berada dalam tong sampah tapak tu.

Bila duduk dalam bilik kuarantin masing masing pegang buku.Senyap dan sunyi.Takde bunyik langsung.Candidate pagi ni tak ramai, cuma 14 orang je. Bila dah bagi handphone examiner pun briefing. 2 examiner. Sorang lelaki dan sorang perempuan. Dua dua baik dan tak garang. Dorang kata "we want to help you, so don't scared, just speak, if you do not speak we can't help" . Lega hati bila examiner cakap macam tu. Lepas tu ada cikgu tu bagi kan group. Saya group yang kedua. Mula pukul 8.30 pagi sampai 9.00 pagi. Yang paling best bila dapat jadi candidate D.huhu.At least boleh fikir lagi bila orang lain tengah cakap kann.

Bila masuk je bilik exam. Takde rasa pape pun. Duduk dan lihat soalan. "EH, macam pernah ku nampak soalan ni dalam buku MUET yang aku beli tu" Pernah nampak je pon tapi practise nye tidak lah kan.huhu.
Soalan nya:

*Your friend want to do a volunteer work. Suggest activities that can your friend join. For candidate D, You think that be involve in keeping public place clean is the best activities for your friend*


Untuk task A, Individual session. Saya pun tak tahu apa yang saya cakap kan. Macam macam saya cakap lepas tu agak tergagap gagap lah jugak. Itu memang sudah pasti. Sebenarnya masa yang dia bagi untuk fikir tu saya tak tulis pape point pun.Hanya tulis tajuk je. Nampak jugak macam menulis kan.Hahaha. Bila candidate A & B cakap baru lah idea datang mencurah curah bak air terjun.heeekk! Yang paling penting examiner lelaki tu tersenyum selepas saya habiskan ayat terakhir. Nak gelak kan saya lah tu.hahahaha!

Task B pun bermula, group discussion. Untuk session nie saya tak nak cerita pasal candidate lain. Apa yang penting saya dah cakap apa yang patut walaupun bukan lah teror sangat dan saya pun membuat conclusion untuk group discussion tu. Habissssss. Alhamdulillah.=) Keluar je terus telefon mak untuk jemput saya pulang.yeayy.yeayy~ Sampai je rumah terus ambil kucing. Serius, bila kucing manja dengan kita dan kita bermanja dengan kucing. Anda akan rasa sangat seronok=D




Hai, I'm candidate D.say cheese.=D


Kbai~