Welcome Here
" Syafinaz Shaffiee " |
Remember.}
Thursday, June 27, 2013 | Thursday, June 27, 2013 | 0Comment
Orang kata menasihati itu memang senang tapi bagi orang yang menerimanya kena pikul sampai bongkok bongkok bahu.
Bagus lah ada orang yang menasihati dari diri terus hanyut ke alam kegelapan keruntuhan kepahitan.
Luahkan rasa luahkan pendam luahkan sampai muntah itu lagi baik. Ada yang pendam pendam sampai merana diri sampai wujudnya dendam. Apa guna nya kawan apa guna nya teman bergosip sana sini boleh tapi bila sorang susah lari diabai. Diri nie pun bukan lah baik ada silap sana sini masih mentah dalam hidup.
Itu namanya manusia bukan sejenis manusia ada yang begitu ada yang begini. Cakap ini berdasarkan drama drama yang berepisod beratus ratus tapi bukan lah minat.Tengok satu episod cukup boleh terus buat rumusan .
Manusia jangan di salah sangka jangan menilai luaran nya siapa kita untuk menilai baik sangat kah kita. Diri belum cukup sempurna masih mencari jalan yang terang menyuluh hidup.
Tanam dalam hati tiada benci tiada dendam tiada dengki pasti hidup bahagia tanpa resah gelisah. Percayalah kerana tuan punya blog sentiasa bahagia gembira tersenyum tetapi kadang kadang dugaan datang menimpa baru kita rasa lemahnya kita menangis tersedu sedu Tuhan beri dugaan yang hambaNya mampu tampung. Kamu lihat muka gembira lihat senyuman ini dengar gelak tawa sampai masa itu ada yang berkata pelik bila air mata berguguran. Itu lah kehidupan ada masanya bahagia ada masanya sedih tak terkata. Dugaan itu pengajaran ingat itu sampai bila kamu tiada lagi. Ingat ingat jangan dilupa.=)
*gambar itu ada maksud tersirat dan tersurat. huish nampak tangan macam giant lah.haha.punca betul kalau pic candid nie^^
|