Welcome Here
" Syafinaz Shaffiee " |
Rapuh.}
Sunday, June 30, 2013 | Sunday, June 30, 2013 | 0Comment
Assalamualaikum.
Manusia. Perkara biasa jika manusia buat kesilapan.Tiada siapa yang pernah terlepas dari membuat kesilapan. Kadang kadang kita tidak sedar apa yang kita lakukan adakah ia salah atau sebaliknya. Kesilapan yang pernah kita buat sekali jangan lah kita ulang ulang kembali. Bila sedar akan kesalahan itu dan sedar semua yang terjadi ada hikmahnya maka taubat nasuha lah. Taubat nasuha bermaksud memohon ampun dari Allah S.W.T , betul betul menyesal akan perbuatan yang lalu dan tidak akan mengulanginya lagi. Setiap kali kita bangun dari tidur dan masih bernafas setiap detik itu lah pintu taubat masih terbuka untuk kita. Diri ini ada membuat silap tanpa disedari kerana saya cuma manusia biasa. Biasa tiada apa yang istimewa. Tersangat lah biasa. Jika seseorang itu ingin berubah akibat tindakan nya yang lalu jangan lah menghentam menghina atau sebagainya. Benci lah perbuatan nya bukan si pelakunya. Kita sebagai manusia tidak layak menghukum sesiapa pun. Siapalah kita?.hanya manusia biasa yang selalu melakukan kesilapan jika tiada iman di dada maka hanyutlah kita. Hanyut dalam kegelapan. Diri ini rapuh.
Seribu mimpi berjuta sepi, Hadir bagai teman sejati, Di antara lelahnya jiwa, Dalam resah dan air mata, Ku persembahkan kepadaMu, Yang terindah dalam hidupku, Meski ku rapuh dalam langkah, Kadang tak setia kepadaMu, Namun cinta dalam jiwa, Hanyalah padaMu, Maafkanlah bila hati, Tak sempurna mencintaiMu, Dalam dada ku harap hanya Dirimu yang bertakhta, Detik waktu terus berlalu, Semua berakhir padaMu. (Rapuh-Opick) |